News

Dayang Jumaah juara Pertandingan Halaman Cantik 2020 anjuran MBM
Posted on : 28 Dec 2020  Source of News: Utusan Borneo
 

TAHNIAH: Yii bergambar bersama pemenang Pertandingan Halaman Cantik 2020 anjuran MBM.

MIRI: Usaha gigih keluarga Dayang Jumaah Awang Moksin menghias halaman rumah membawa tuah selepas muncul juara Pertandingan Halaman Cantik 2020 anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Selaku juara kategori itu, Dayang Jumaah membawa pulang RM1,000, trofi dan sijil manakala Rangkut Abdul Hadi merangkul gelaran naib juara dan Ubong Laing di tempat ketiga, masing-masing membawa pulang RM700 dan RM500 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Bagi kategori sebuah/banglo, juara milik Nancy Thomas sementara Khoo Ying Ying dan Mohamad Ali Abdullah (ketiga).

Keputusan rumah teres pula menyaksikan Norizan Kasman manakala naib juara dan tempat ketiga milik Chung Ying Ying dan Cecilia Bulan Lian.

Kategori rumah berkembar pula dikuasai Chan Yen Yoon selaku juara manakala Hasnah Chi Bong dan Hiew Yun Foong masing-masing tempat kedua dan ketiga.

Semua pemenang juara, naib juara dan tempat ketiga menerima RM1,000, RM700 dan RM500 berserta trofi dan sijil.

Bagi sekolah rendah, juara milik SJKC Chung Hua Pujut sementara SK Agama Miri (naib juara) dan SJK (C) Chung Hua Krokop sekadar tempat ketiga.

Bagi sekolah menengah pula SMK Merbau muncul juara sementara SMK Agama Miri (kedua) serta SMK Riam (ketiga).

Pemenang kedua-dua kategori itu menerima RM2,000, RM1,500 dan RM1,000 berserta trofi dan sijil.

Turut diumumkan ialah pemenang kategori universiti/institut pendidikan latihan, bangunan agensi, pihak swasta /GLC, hotel atau resort serta rumah ibadat.

Juara disandang ILP Miri, diikuti Tetuan Kelab Rekreasi Warga Kerja JPJ Miri, Petronas Carigali Sdn Bhd, Miri Marriot Resort and Spa dan Gereja St Columba.

Pemenang menerima RM2,000 berserta piala dan sijil.

Majlis pengumuman keputusan pemenang Halaman Cantik 2020 disempurnakan Datuk Bandar Adam Yii.