News

Majlis Bandaraya Miri pertimbang tarik lesen operasi jika ingkar PKP
Posted on : 08 Jun 2021  Source of News: Utusan Borneo
 

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) boleh menarik balik lesen operasi pusat hiburan sekiranya didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang. 

Dalam kenyataan medianya, MBM menerima aduan terdapat pusat hiburan beroperasi seperti pub dan bistro beroperasi melebihi waktu ditetapkan. 

"Kepada pengusaha berlesen yang didapati beroperasi ketika tempoh PKP, mereka akan dikenakan notis kompaun dan lesen mereka boleh ditarik balik," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, untuk premis tidak berlesen, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan undang-undang termasuk menyita harta benda dan peralatan. 

MBM menyatakan operasi perniagaan dibawah senarai negatif SOP termasuk pusat karaoke harus dihentikan sepanjang tempoh PKP bermula 28 Mei hingga 14 Jun. 

Setelah menerima arahan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, MBM akan melaksanakan penguatkuasaan lebig tegas terhadap peniaga yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan. 

Penguatkuasaan melibatkan kerjasama pasukan penguatkuasa MBM, anggota polis dan kakitangan pelbagai agensi. 

Sehubungan itu, MBM menggesa peniaga di sini untuk mematuhi SOP sebagai langkah membantu pihak berkuasa mengawal penularan jangkitan COVID-19.