News

Pejabat MBM hanya benarkan kemasukan pelawat lengkap divaksin
Posted on : 23 Aug 2021  Source of News: Utusan Borneo
 

Gambar fail bangunan UTC Miri yang menempatkan pejabat-pejabat MBM Miri, kerajaan persekutuan dan negeri.

MIRI: Hanya pengunjung yang telah selesai menerima dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki ke premis-premis pejabat dibawah seliaan Majlis Bandaraya Miri (MBM) berkuatkuasa serta merta. 

MBM dalam kenyataan hari ini berkata pengunjung yang berurusan di premis terlibat perlu menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital COVID-19 di tempat pemeriksaan di hadapan pintu masuk setiap pejabat. 

"MBM ingin memaklumkan bahawa mulai sekarang semua pengunjung mesti mempunyai telah menerima dua dos vaksin COVID-19 sebelum mereka dapat memasuki Bangunan Utama MBM di Jalan Raja, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri dan cawangannya, dan premis-premis Majlis yang lain," katanya.

Jelasnya, ini sejajar dengan syarat tambahan protokol kesihatan yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN)  Fasa 3 negeri Sarawak. 

Tambahna, ia selain daripada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada iaitu memakai pelitup separuh muka, pemeriksaan suhu badan, dan mendaftar pelawat melalui MySejahtera atau Buku Rekod Pelawat.