News

Pekerja warga Indonesia dihargai atas kejujurannya
Posted on : 03 Aug 2022  Source of News: Utusan Borneo
 

Dedek Ismail terima hadiah penghargaan atas kejujurannya simpan, kembalikan beg tangan ditemui ketika bertugas

  • Utusan Borneo (Sarawak)
  • 29 Jul 2022
  • Oleh Steve Annuar

“Setelah keluar dari kereta sewaktu pulang daripada membeli sayur, secara tidak sengaja saya meletakkan beg di atas penutup tong sampah dan disebabkan leka bercakap dengan anak, saya ” terlupa dan terus masuk ke rumah.

MIRI: Seorang pekerja warga Indonesia menerima hadiah penghargaan atas kejujurannya menyimpan dan mengembalikan beg tangan yang ditemuinya ketika bertugas.

Dedek Ismail, 37, pekerja am sektor pemungutan sampah Majlis Bandaraya Miri (MBM) menemui beg tersebut ketika bertugas pagi kelmarin.

Seorang ibu warga China telah tertinggal begnya di atas tong sampah di hadapan rumah anaknya di Taman Pelita.

“Setelah keluar dari kereta sewaktu pulang daripada membeli sayur, secara tidak sengaja saya meletakkan beg di atas penutup tong sampah dan disebabkan leka bercakap dengan anak, saya terlupa dan terus masuk ke rumah, “jelas Cai Ju, 58.

Dedek yang sudah 10 tahun bekerja di sini berkata, setelah menjumpai beg itu dia menyimpannya dan tetap meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

Dia kemudian meletakkan beg tersebut di tempat penyimpanan barang di tempat kerja.

Pejabat MBM yang menerima laporan kehilangan beg itu kemudian menghubungi syarikat kontraktor yang bertugas

Cai Ju Warga China

pada hari itu. Dedek ditemani kakitangan syarikat kemudian dipertemukan dengan Chu untuk mengembalikan beg berkenaan di Dewan

Bandaraya Miri semalam.

Chu memuji sikap jujur Dedek dan memberi ganjaran kepada Dedek sebagai tanda terima kasih.

Timbalan Datuk Bandar Julaihi Mohamad berharap sikap Dedek akan dicontohi dan diteladani kakitangan lain.

“Pekerja asing telah mengadaptasi budaya dan sikap penduduk tempatan di sini yang jujur, ikhlas dan boleh dipercayai,” jelasnya lagi.