News

Lumba basikal Kuala Baram pelawa penyertaan pelumba dalam, luar negara
Posted on : 25 Aug 2022  Source of News: Utusan Borneo
 
LANCAR: Julaihi memotong reben simbolik perasmian penganjuran Kuala Baram Race 2022 di Dewan Bandaraya MBM semalam.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kerjasama Masterpiece Cycling Club Miri akan menganjurkan perlumbaan basikal dikenali Kuala Baram Race 2022 (KBR2022) pada 16 Oktober depan.

Simbolik perasmian penganjuran disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Julaihi Mohamad dengan memotong reben disaksikan ahli jawatankuasa di Dewan Bandaraya MBM semalam.

Menurut Julaihi, ia merupakan perlumbaan perintis dianjurkan MBM di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelancongan yang berob- jektif mempromosikan Miri sebagai destinasi acara lumba basikal di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

“Aktiviti diharap dapat meningkatkan pelancongan sukan di Miri dalam merealisaikan visi bandar raya Miri menuju bandar raya peranginan yang selesa didiami,” jelasnya.

Beliau menambah, aktiviti turut menekankan aspek kesedaran gaya hidup sihat dengan berbasikal sebagai aktiviti sukan rekreasi serta menghijaukan alam sekitar.

Beliau menambah, aktiviti turut menekankan aspek kesedaran gaya hidup sihat dengan berbasikal sebagai aktiviti sukan rekreasi serta menghijaukan alam sekitar.

Tentang perlumbaan ini, ia bermula dari Jalan Lutong Kuala Baram yang berdekatan dengan Taman Buaya ke arah lampu isyarat Jalan Marigold menuju pusingan ‘U’ di Jalan Lutong Kuala Baram.

Penganjur mengehadkan penyertaan seramai 400 pelumba dan aktiviti terbuka kepada pelumba tempatan dan luar negara.

Penganjur mengehadkan penyertaan seramai 400 pelumba dan aktiviti terbuka kepada pelumba tempatan dan luar negara.

Perlumbaan terbahagi kepada lapan kategori iaitu Lelaki Elite, Lelaki Master A berusia 30 hingga 39 tahun, Lelaki Junior (17 tahun dan ke bawah), Lelaki Master B (40 hingga 49 tahun), Lelaki Veteran (50 tahun dan bawah), Terbuka Wanita, Lelaki Super XL (BMI 31 dan ke atas), Basikal Lipat dan Anugerah Khas: Top Sprint.

Untuk kategori Lelaki Elit dan Lelaki Master A, jarak adalah 100km sementara untuk kategori Lelaki Junior, Lelaki Veteran dan Lelaki Master B, jarak adalah 75km.

Untuk kategori Terbuka Wanita, Menteri Super XL dan Basikal Lipat, jarak adalah 50km.

Hadiah wang tunai bernilai keseluruhan RM22,600 berserta trofi menanti pemenang.

Hadiah wang tunai bernilai keseluruhan RM22,600 berserta trofi menanti pemenang.

Setiap peserta dikenakan yuran RM100 dan tidak dikembalikan. Mereka akan menerima kit lumba yang diserahkan pada hari pendaftaran.

Kit lumba terdiri dari baju-T, pingat, nombor bib, insurans, makanan, beg anyaman dan sijil E yang diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan dan pemenang.

Penyertaan boleh dibuat dengan hanya mengimbas kod QR acara ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Penyelaras Acara Iskandar Damaimi di talian 016-8653179 (iskandar92@miricouncil. gov.my), Sekretariat Acara Dayang Siti Nurbaya Awang Kipli di talian 016-8524053 (sitink@miricouncil.gov. my) dan Sekretariat Masterpiece, Vernon Roger Carol di talian 017-8524351 (vrcarroll@gmail.com).

Peserta juga diminta mengikuti laman web Kuala Baram Race 2022 di Facebook.