News

400 penyertaan bagi acara ‘Kuala Baram Race 2022’
Posted on : 30 Sep 2022  Source of News: Utusan Borneo
 
Majlis Bandaraya Miri (MBM) sehingga semalam menerima sebanyak 400 penyertaan bagi acara perlumbaan berbasikal yang dikenali ‘Kuala Baram Race (KBR) 2022’ dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober depan.

Datuk Bandar MBM, Adam Yii berkata karnival lumba basikal itu dianjurkan bersama oleh jawatankuasa tetap pembangunan pelancongan MBM dan Masterpiece Cycling Club.

“Kami menerima sambutan menggalakkan peringkat tempatan dan antarabangsa dengan penyertaan seramai 400 pelumba,” katanya pada sidang media semasa memberi taklimat terkini mengenai KBR 2022 di sini semalam.

Daripada jumlah itu, ADUN Pujut itu berkata penyertaan tempatan menyumbang jumlah paling banyak iaitu 313 penyertaan diikuti antarabangsa (47), Sabah (26), Semenanjung Malaysia (13) dan seorang peserta dari Pulau Labuan.

Mengenai peserta antarabangsa, beliau menambah kebanyakan peserta datang dari Brunei (43) diikuti dua masing-masing dari Jerman dan United Kingdom.

“Acara perlumbaan dibahagikan kepada lapan kategori terdiri Lelaki Elit, Lelaki Master A, Lelaki Remaja,

Lelaki Veteran, Lelaki Master B, Wanita Terbuka, Super XL dan Basikal Lipat di mana permulaan dan penamat perlumbaan di hadapan Taman Buaya Miri, Kuala Baram.

“Kita berharap dapat mencapai objektif acara itu dalam mempromosikan Miri sebagai destinasi baharu perlumbaan berbasikal khususnya di Sarawak serta mempertingkat pelancongan sukan untuk bandar raya ini,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar MBM, Julaihi Mohamad dan pengerusi jawatankuasa tetap pembangunan pelancongan MBM, Warziedea Ahmad.