Crocodile reported in drain in Tudan Desaras

Posted on 26 Jan 2026
Source of News: Borneo Post Online


This news in Bahasa Melayu is from Utusan Borneo Online

MIRI: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dikerahkan ke kawasan sebuah rumah di Lorong Perdana 2B, Tudan Desaras di sini susulan laporan kehadiran seekor buaya di dalam longkang, tengah hari Rabu.

Menurut Ketua BBP Lutong, Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 pagi, sebelum sebuah jentera bersama beberapa anggota segera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 12.05 tengah hari, pasukan keluaran operasi terus menjalankan menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit.

"Namun hasil pemeriksaan mendapati tiada kelibat buaya ditemui di dalam longkang seperti yang dilaporkan oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu katanya, PKO  seterusnya mengambil langkah pemantauan keselamatan di sekitar kawasan kejadian bagi memastikan tiada ancaman kepada penduduk setempat.

"Kami turut menghubungi Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut sekiranya," katanya.

Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, operasi ditamatkan pada jam 12.25 tengah hari sebelum PKO bertolak pulang ke balai