Main Pipe Repair works extended by five hours

Posted on 06 Aug 2026
Source of News: Utusan Borneo

Gambar Sarawak Water

This news in Bahasa Melayu is from Utusan Borneo Online



Sarawak Water dalam kenyataan akhbarnya memberitahu, kelewatan itu disebabkan hujan lebat yang berlaku di tapak kerja pada awal pagi yang menjejaskan kelancaran kerja-kerja baik pulih.

“Bagi memastikan kerja baik pulih dapat dilaksanakan dengan selamat dan sempurna, tambahan masa diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut.

Pasukan teknikal Sarawak Water masih berada di lokasi dan sedang bekerja secara berterusan bagi menyiapkan kerja-kerja baik pulih secepat dan sebaik mungkin,” jelas kenyataan itu.

Sarawak Water amat memahami kesulitan yang dialami oleh pengguna yang terjejas dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama yang diberikan oleh orang ramai sepanjang tempoh ini.

Penghantaran bekalan air melalui lori tangki serta operasi pusat pengumpulan air akan diteruskan bagi membantu pengguna yang terjejas sementara kerja-kerja baik pulih masih dijalankan.

Sarawak Water kekal komited untuk memulihkan semula sistem bekalan air secepat mungkin dan akan terus menyalurkan perkembangan terkini melalui saluran komunikasi rasmi Sarawak Water.