OFFICIAL WEBSITE OF MIRI CITY COUNCIL
Miri City Council which is under Ministry of Local Goverment and Housing Sarawak, is the main organization in managing the development of Miri city. Its jurisdiction area is about 5,205.43 sq. km. (including Bario Sub District). The responsibility of council has become more important when Miri was recognized as a city on 20th May 2005. Bario Sub District with 4,228 sq. km was under the jurisdiction of Miri City Council on 30 July 2015 which was previously under Marudi District Council.
Learn MorePress Release, 30 September 2023
The original news is in Malay Language from Utusan Borneo newspaper Gambar rajah menunjukkan peta lokasi jalan yang bakal ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja memangkas pokok hingga 7 Oktober depan. MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menjalankan kerja-kerja memangkas pokok di Jalan Miri-Pujut berdekatan Kampung Lereng Bukit, bermula Isnin lalu hingga 7 Oktober. MBM dalam satu notis berjaga-jaga memaklumkan, kerja-kerja pada tarikh tersebut akan dilakukan dari jam 9 hingga 11 pagi dan 2.30 hingga 4 petang. “Kawasan yang terjejas adalah di Jalan Miri-Pujut berdekatan Kampung Lereng Bukit. “Semasa tempoh tersebut, lorong kiri ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja pemangkasan pokok,” katanya dalam notis tersebut. Sehubungan itu, MBM menasihati pengguna jalan raya untuk mengelak daripada melalui jalan yang terjejas semasa kerja-kerja memangkas pokok berkenaan. “MBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kecederaan atau kerugian yang berlaku. Sebarang kesulitan amat dikesali,” ujarnya. Selain itu, MBM menjelaskan sekiranya cuaca tidak mengizinkan semasa tempoh kerja-kerja itu dijalankan, operasi pemangkasan pokok hendaklah dijadualkan semula dengan sewajarnya.
Press Release, 30 September 2023
MIRI: Miri City Council (MCC) has plans to maintain its current building located at Jalan Raja, which has stood since the 1960s. MCC mayor Adam Yii said that the building was built when the Council was previously known as the Miri District Council. With its colonial architecture, it holds historical significance for the city. “Therefore, it is worthwhile to upkeep it,” Yii said during a council meeting today. He further said that the building continues to house the Council’s administrative functions and offers various services to the city. “Miri Public Library has moved in last month as well Therefore, please be assured that usage of the building will continue to serve its purposes and link to this part of central business district (CBD) even though we have a new city hall in Marina Bay,” said Yii.
Press Release, 30 September 2023
The original news is in Malay Language from Utusan Borneo newspaper MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menyemak kebolehgunaan skuter elektrik dan meneliti cara mengawal kenderaan itu bagi memastikan ia selamat digunakan orang ramai dan teratur. ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata demikian ketika menjawab persoalan berhubung isu skuter elektrik oleh pemberita di sini, pada Isnin. “Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa kenderaan itu bukan di bawah bidang kuasa MBM, kerana ia sebenarnya perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat swasta. "Bagaimanapun, memandangkan kenderaan itu digunakan secara meluas oleh pengguna di sini sejak kebelakangan ini, maka kita akan menyemak perkhidmatan itu dan mungkin mengawalnya untuk mengelakkan daripada berada di tempat awam sewenang-wenangnya," jelas beliau lagi. Dalam perkembangan lain, Yii turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tender pencalonan untuk Anugerah Datuk Bandar Miri 2023 bahawa pencalonan akan ditutup pada 29 September ini, jam 5 petang. “Mereka yang ingin mencalonkan mana-mana individu yang mempunyai sumbangan besar kepada masyarakat Miri boleh mendapatkan borang tersebut daripada pejabat Bahagian Perhubungan Awam MBM di sini (bangunan Dewan Bandaraya Miri),” kata Yii lagi. Sebagai alternatif, borang tersebut juga boleh didapati daripada laman sesawang Majlis Bandaraya Miri di https://miricouncil.gov.my. Semua borang yang telah lengkap diisi, boleh dihantar ke pejabat MBM atau melalui e-mel. Majlis anugerah tahun ini akan diadakan pada 26 November di Hotel Pullman, Miri Waterfront di sini.
Press Release, 30 September 2023
Yii (second left) joins the public for a stroll around Miri city. MIRI (Sept 24): The global World Car Free Day celebration is not a plain gimmick but as an advocacy call towards a sustainable and eco-conscious lifestyle, said Miri mayor Adam Yii. “This year’s event in Miri is no exception,” said Yii in his opening speech at the launching of the event at the Old Resident’s office here yesterday. “We have a comprehensive list to achieve such as turning Miri into a low-carbon city, while promoting a healthy lifestyle culture and strengthening community cooperation. “Throughout the day’s event, the public were encouraged to leave their vehicles behind and embrace the spirit of care free day by walking and cycling,” said Yii, who is also the Pujut assemblyman. The World Car Free Day event had a section of the city streets closed to traffic, to allow for the walking and cycling activities, as well as for the exhibitions and children’s colouring contest to take place. Also joining in the event were deputy mayor Councillor Ariffin Mohamad, acting city secretary Abdul Rahman Taupek, and head of Miri City Council’s (MCC) Sustainable Development Goals Section Nurul Ainie.
Press Release, 17 September 2023
The Original news is in Malay Language in Utusan Borneo newspaper MIRI: Kerajaan Sarawak komited dalam memastikan teknologi dalam semua bidang di sini terus dipertingkatkan termasuk bidang automotif, jelas Datuk Bandar Miri Adam Yii. Justeru katanya, beliau menyokong usaha yang dilaksanakan oleh Sarawak Skills dengan kerjasama syarikat automotif di Miri melalui program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). “Terdapat banyak kelebihan melalui kerjasama yang dilaksanakan ini, antaranya ialah program sebegini diberikan secara percuma kepada mereka yang terlibat selain menyediakan elaun kepada peserta. “Bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta, tetapi syarikat automotif turut mendapat manfaat melalui insentif yang disediakan oleh SLDN,” katanya. Yii berkata demikian dalam teks speech yang dibacakan oleh Kaunselor Vincent Huang pada sesi membina rangkaian antara Sarawak Skills bersama syarikat automotif tempatan di Dewan Kasawari, Blok Orkid, Lutong hari ini. Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Institusi Pengajian Kumpulan Sarawak Skill (Sarawak Skill) Hallman Sabri, Ketua Pegawai Strategik, Penglibatan Strategik dan Bahagian Pembangunan Perniagaan Sarawak Skills Mohamad Isham Fauzi, Ketua Pegawai Teknologi dan Tranformasi Pembelajaran Sarawak Skills Zakri Salleh, Pengarah Kampus Sarawak Skills dan ICATS Miri Syuhaira Mohd Zin, Pengurus Pusat Kemahiran Sarawak Savti Maccollin Jengok serta tetamu yang lain. Menurut Yii, usaha kerjasama yang dilaksanakan itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada bakat-bakat anak muda tempatan. “Pada masa kini, pasaran kerja memerlukan pekerja yang berdaya saing dengan pelbagai kemahiran. “Melalui latihan di bawah program SLDN ini, industri akan memperoleh pekerja yang berdaya saing selain peserta SLDN akan mendapat pengiktirafan di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),” ujarnya. Tambah Yii, beliau berharap program sedemikian dapat terus dilaksanakan bersama syarikat dalam bidang lain pada masa akan datang dalam usaha mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia. Antara objektif utama sesi networking terbabit dilaksanakan ialah untuk mewujudkan kesedaran kalangan industri tentang keperluan latihan kemahiran bagi memudahkan pertumbuhan kerjaya pekerja tempatan. Selain itu, ia bagi membolehkan pekerja tempatan yang berpendidikan menengah ke bawah diiktiraf bagi kecekapan semasa mereka khususnya dalam bidang berdasarkan piawaian yang ditentukan oleh JPK.
Press Release, 22 September 2023
Tree Pruning Notice Miri-Pujut Road (25/9/2023 - 7/10/2023)
Press Release, 22 September 2023
Tender Notice No. 21-2023 (Closing 5.10.2023) Amendment to Tender Notice No. 20-2023
Press Release, 22 September 2023
Tawaran Tender No. 20-2023 (ditutup 5.10.2023)
Press Release, 22 September 2023
Quotation Notice No. 19-2023 (Closing 26.9.2023)
Press Release, 11 July 2023
Organisation Anti-Corruption Plan (OACP) 2021-2025 Miri City Council