Elderly person trapped in condominium lift successfully rescued

Posted on 06 Aug 2026
Source of News: Utusan Borneo

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari dalam lif yang tersekat di Miri, malam Khamis. - Gambar JBPM

This news in Bahasa Melayu is from Utusan Borneo Online


MIRI: Seorang wanita warga emas yang terperangkap dalam lif di sebuah kondominium di sini berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dalam kejadian malam Khamis.

Menurut laporan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.42 malam sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Anggota penyelamat membuat pemantauan bagi memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat sementara usaha membuka pintu lif dijalankan.

Juruteknik lif kemudiannya berjaya membuka semula pintu lif dan mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.