Program edisi ketiga tahun ini akan berlangsung pada 29 Ogos, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari, melibatkan kawasan Bangunan Dewan Bandaraya Miri, Jalan Bandaraya dan Jalan Marina Utama.
Seksyen Pembangunan Lestari Majlis Bandaraya Miri (BM) dalam laman Facebook rasminya memberitahu program itu bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang menyokong gaya hidup lebih sihat, hijau dan lestari.
Seksyen tersebut merancang sebanyak 11 program sepanjang bulan ini dengan melibatkan komuniti, institusi pendidikan serta Rakan Strategik Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bandaraya Miri.
Antara program yang dilaksanakan termasuk Mini Karnival SDG Bandaraya Miri, Program Jangkauan Komuniti Hijau, Lawatan Pendidikan, Kraftangan Kitar Semula 5R, Lawatan Komuniti Wira Hijau dan Kempen Beli Balik: Sisa Menjadi Kekayaan
Pelaksanaan pelbagai program berkenaan memberi penekanan kepada pendidikan dan kesedaran berkaitan SDG, penglibatan komuniti, amalan 5R dan ekonomi kitaran serta pengurangan sisa.
Ia turut memperkukuh kerjasama strategik antara MBM dengan komuniti dan rakan berkepentingan dalam usaha membudayakan amalan kehidupan yang lebih lestari di bandar raya ini.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput menyertai program yang dianjurkan sepanjang bulan ini dan bersama-sama menyumbang kepada usaha menjadikan Miri sebuah bandar raya yang lebih hijau, bersih, sihat dan lestari.