Medan Saberkas gotong-royong celebrates Ramadan with great enthusiasm

Posted on 24 Feb 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

Gambar kenangan peserta yang terlibat dalam gotong-royong di Medan Saberkas pada 16 Februari lalu
This news in Bahasa Melayu is from Utusan Borneo Online
 

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Medan Saberkas Miri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan program gotong-royong di Pasar Malam Medan Saberkas pada 16 Februari lalu.

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Medan Saberkas Miri, Abdul Rahman Jawawi berkata, program berkenaan dianjurkan bersempena persediaan menyambut Ramadan 2026 bagi memastikan kawasan pasar malam berada dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk pengunjung.

Menurut beliau, seramai 80 penjaja pasar malam menyertai program tersebut bersama dua pegawai MBM serta empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri.

“Kerjasama ini amat penting bagi memastikan persekitaran Medan Saberkas sentiasa terjaga, sekali gus memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung sepanjang Ramadan,” katanya.

Dengan adanya aktiviti gotong-royong itu, Pasar Malam Medan Saberkas Miri bersedia menjemput orang ramai untuk mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa sempena Ramadan yang bakal tiba.

Pasar malam tersebut akan beroperasi setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula jam 1 tengah hari hingga 9 malam. Kemudahan tempat duduk turut disediakan bagi memudahkan pengunjung berbuka puasa sambil menikmati aneka makanan dan minuman yang ditawarkan oleh para penjaja.

                                                          Peniaga bergotong-royong membersihkan Medan Saberkas untuk menyambut bulan Ramadan
                                            Peniaga bergotong-royong membersihkan Medan Saberkas untuk menyambut bulan Ramadan