Marudi Road is temporarily closed for the Marudi Classic 2.0 bike race

Posted on 07 Aug 2026
Source of News: Utusan Borneo

Laluan jalan yang ditutup sempena perlumbaan basikal di Marudi pada 21 Jun ini.


This news in Bahasa Melayu is from Utusan Borneo Online


MIRI: Beberapa jalan di daerah ini akan ditutup sementara pada 21 Jun ini bagi memberi laluan kepada penganjuran perlumbaan basikal Marudi Classic 2.0 yang dijadual berlangsung sejauh 60 kilometer.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Nor Aizan Jamil berkata, perlumbaan itu akan bermula pada jam 7.30 pagi dan dijangka berakhir sekitar jam 10.30 pagi.

Menurut beliau, laluan perlumbaan bermula dari Dataran Marudi menuju ke Simpang Rumah Sator Baran sebelum berakhir di hadapan Pejabat Daerah Marudi.

Katanya, penutupan sementara jalan akan dilaksanakan secara berperingkat di sepanjang laluan yang digunakan bagi memastikan keselamatan peserta serta kelancaran pertandingan.

Antara laluan yang terlibat ialah Dataran Marudi, Jalan Merdeka, Jalan Kampung Cina, Jalan Muhibbah, Jalan Poyut, Jalan Simpang Rumah Sator Anak Baran dan kawasan hadapan Pejabat Daerah Marudi.

“Pihak polis akan melaksanakan penutupan sementara secara berperingkat di sepanjang laluan perlumbaan bagi memberi laluan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dan mematuhi arahan serta isyarat yang diberikan oleh anggota polis yang bertugas.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh perlumbaan berlangsung.

Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi memastikan penganjuran Marudi Classic 2.0 berjalan lancar dan selamat.