New Miri Malay Association building to be constructed.

Posted on 06 Apr 2026
Source of News: TVSarawak


Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Melayu Miri, di sini, hari ini. Foto TVS

This news is in Bahasa Melayu is from TVSarawak.


MIRI, 29 Mac: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus diperkasa melalui pembinaan bangunan baharu Persatuan Melayu Miri yang bakal menjadi tapak aktiviti komuniti di bandar raya ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak meluluskan satu tapak tanah seluas lima ekar dan dewan yang boleh memuatkan 2,000 orang.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah meluluskan tapak tanah di Padang Kerbau untuk kita dirikan bangunan baru bagi Persatuan Melayu seluas lima ekar. Salah satu dewan nanti dijangka memuatkan 200 meja dan mampu menampung 2,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Melayu Miri, di sini, hari ini.

Persatuan tersebut turut mengadakan ulang tahun penubuhannya yang ke-67 yang menyaksikan perkembangan pesat dari segi keanggotaan, program komuniti serta sumbangan sosial dan ekonomi yang terus memberi impak kepada masyarakat setempat.

Bangunan baharu itu akan didirikan di Jalan Padang Kerbau bersebelahan dengan bangunan Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM).-TVS