MBM will take legal action for outstanding parking compound

Posted on 08 Nov 2023
Source of News: Utusan Borneo

The original news is in Malay Language from Utusan Borneo newspaper



MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kenderaan yang gagal menjelaskan kompaun parkir tertunggak mereka.

Datuk Bandar MBM Adam Yii memberi amaran bahawa MBM telah melaksanakan langkah terbabit untuk menguatkuasakan pematuhan pembayaran kompaun parkir dan pemilik kenderaan akan bertanggungjawab bagi menanggung kesemua kos undang-undang semasa prosiding dijalankan.

“Objektif utama MBM adalah untuk memastikan pemilik kenderaan memenuhi kewajipan mereka dan menyelesaikan kompaun tertunggak terbabit.

“Untuk tidak menggalakkan pembayaran tertunda dan memastikan pematuhan, pemilik kenderaan yang menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada MBM tidak layak mendapat diskaun 50 peratus bagi kompaun tertunggak mereka,” jelasnya dalam satu kenyataan media selepas mesyuarat penuh MBM kelmarin.

Justeru, dalam usaha menggalakkan penyelesaian tersebut tambah Yii, MBM telah melancarkan kempen pengampunan ‘Bayar Parkir Kompaun Anda’ yang menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus sehingga akhir tahun ini.

“Untuk menyemak kompaun parkir tertunggak, pemilik kenderaan boleh melayari laman sesawang MBM atau laman sesawan Borneo Parking System Sdn Bhd atau menggunakan aplikasi Borneo Park Miri.

“Laksanakan pembayaran tertunggak anda untuk mengelakkan tindakan undang-undang selanjutnya diambil,” tegasnya.