Press Release, 22 September 2026
This news in Bahasa Melayu is from Utusan Borneo Online: MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak akan menyekat penganjuran festival makanan di bandar raya ini hanya kerana acara berkenaan kerap dianjurkan, selagi pihak penganjur memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Datuk Bandar Miri Adam Yii (gambar) berkata demikian ketika mengulas kebimbangan pengusaha makanan tempatan berhubung kekerapan penganjuran festival berkenaan di bandar raya ini. Menurut beliau, pengusaha berkenaan bimbang penganjuran festival makanan yang terlalu kerap boleh menjejaskan perniagaan pengusaha makanan tetap yang menjalankan operasi sepanjang tahun. Malah, katanya, terdapat juga gesaan supaya kekerapan dan penyelarasan penganjuran festival makanan berkenaan dikaji semula. “MBM ketika ini menerima permohonan daripada pihak yang ingin menganjurkan festival makanan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan pihak majlis. “Kita (MBM) tidak boleh sewenang-wenangnya menolak permohonan berdasarkan jumlah festival makanan yang sudah diadakan kerana perkara itu melibatkan permintaan pasaran dan prinsip pasaran bebas,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin. Beliau berkata, sesiapa yang ingin menganjurkan festival makanan boleh mengemukakan permohonan selagi memenuhi semua syarat ditetapkan. Tambahnya, sama ada pengendali festival makanan berkenaan memperoleh keuntungan atau sebaliknya bukan perkara yang perlu diuruskan oleh pihak penganjur. “Saya tidak fikir MBM boleh menolak permohonan berkenaan, melainkan terdapat alasan yang kukuh. Ini adalah pasaran bebas,” katanya. Yii berkata pihak majlis juga sukar menentukan dengan tepat sejauh mana penganjuran festival makanan memberi kesan kepada pengusaha makanan yang sudah lama menjalankan perniagaan di bandar raya ini. Bagaimanapun, katanya, MBM akan terus menilai setiap permohonan berdasarkan syarat berkaitan sebelum membenarkan penganjuran acara berkenaan. Pada masa sama katanya, MBM akan membiarkan kuasa pasaran menentukan daya maju serta permintaan terhadap penganjuran festival seumpama itu di bandar raya ini.
Press Release, 22 September 2026
DATO Sri Abdul Karim pada sidang media Festival Sastera Sarawak 2026 dan Aspirasi Miri sebagai Bandar Kreatif Kesusasteraan UNESCO, di Baitulmakmur II, hari ini. This news in Bahasa Melayu is from Utusan Borneo Online: PETRA JAYA: Miri diharap memperoleh pengiktirafan sebagai Bandar Kreatif Kesusasteraan UNESCO dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, tempoh berkenaan bergantung kepada sejauh mana pasukan yang terlibat dapat menyediakan dokumen pencalonan (dossier) serta berhubung dengan pihak berkaitan di Kuala Lumpur. “Biasanya ia tidak begitu cepat. Ia bergantung kepada sejauh mana aktifnya mereka yang berada dalam pasukan untuk mendapatkan dossier dan berhubung dengan Kuala Lumpur. “Kita tidak boleh mengemukakannya sendiri sebagai negeri kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO tidak mengiktiraf negeri, sebaliknya hanya negara. “Jadi, penghantaran perlu melalui Kuala Lumpur dan saya berharap dapat melihat pengiktirafan itu dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang,” katanya pada sidang media Festival Sastera Sarawak 2026 dan Aspirasi Miri sebagai Bandar Kreatif Kesusasteraan UNESCO di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini. Abdul Karim berkata, aspirasi itu bukan sekadar untuk mendapatkan gelaran antarabangsa, sebaliknya perlu memperkukuh ekosistem kesusasteraan Miri dan mewujudkan peluang kepada pelbagai komuniti. Katanya, Miri mempunyai kekuatan sebagai bandar raya berbilang budaya, pintu masuk ke utara Sarawak serta dihuni pelbagai komuniti dengan bahasa, tradisi dan cerita tersendiri. Beliau berkata, penglibatan masyarakat juga penting dengan penulis, guru, pelajar, golongan muda, masyarakat peribumi, penerbit, penggiat budaya dan orang awam diberi peluang untuk terlibat. Dalam pada itu, Abdul Karim berkata Festival Sastera Sarawak 2026 boleh menjadi antara platform penting dalam perjalanan Miri ke arah pengiktirafan berkenaan. Katanya, festival itu perlu didokumentasikan dengan baik, termasuk penyertaan masyarakat, penglibatan golongan muda, kerjasama, kepelbagaian program, penglibatan antarabangsa dan impak yang boleh diukur. Selain itu, beliau berkata pemeliharaan dan promosi bahasa serta tradisi kesusasteraan Sarawak turut penting, termasuk mendokumentasikan, menterjemah dan menerbitkan cerita yang masih wujud dalam tradisi lisan serta ingatan masyarakat. Ujarnya, pengiktirafan berkenaan juga boleh membuka peluang kepada Miri bekerjasama dengan bandar kreatif lain di peringkat antarabangsa serta memberi lebih banyak pendedahan kepada penulis dan penggiat kreatif Sarawak. Festival Sastera Sarawak 2026 dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Miri dari 23 hingga 27 September ini.
Press Release, 19 August 2026
MBM kini mempertimbangkan hukuman berupa khidmat masyarakat untuk mereka yang membuang sampah secara haram atau melonggokkannya merata-rata di sekitar bandar raya. - Gambar MBM This news in Bahasa Melayu is from : Utusan Borneo Online MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) sedang meneliti cadangan mengenakan hukuman lebih tegas terhadap individu yang membuang sampah secara haram, termasuk pelaksanaan khidmat masyarakat, dalam usaha membendung masalah tersebut daripada berlarutan di bandar raya ini. Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, cadangan itu sedang dikaji berikutan isu pembuangan sampah haram yang telah sekian lama menimbulkan pelbagai masalah di seluruh kawasan Miri. Menurut beliau, pendidikan dan kesedaran awam merupakan antara agenda utama yang dibincangkan pada Mesyuarat Penuh Majlis setiap bulan, dengan harapan penglibatan serta kerjasama masyarakat dapat mengurangkan kejadian pembuangan sampah secara haram. "Pada pagi ini juga, kami membincangkan sama ada perlu mengadakan sesi libat urus bersama media mengenai isu pembuangan sampah haram. Kami mempunyai gambar keadaan sebelum dan selepas kerja pembersihan, malah dalam beberapa kes, kami berjaya mengesan individu yang melakukan kesalahan tersebut. "Dengan menyiarkan gambar-gambar berkenaan, ia mungkin dapat menjadi peringatan kepada orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan yang sama," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis, di Dewan Bandaraya Miri, hari ini. Beliau berkata, MBM turut berminat untuk mengurangkan masalah pembuangan sampah dan pencemaran melalui pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat. Cadangan itu selaras dengan pendekatan di bawah Dasar Kebersihan Negara oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang memperuntukkan pesalah boleh dikenakan denda lebih tinggi serta diwajibkan menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga 12 jam atas perintah mahkamah. "Pada peringkat ini, kami perlu meneliti mekanisme dan kebolehlaksanaan pelaksanaan langkah tersebut. "Sebagai sebahagian daripada proses itu, pindaan kepada undang-undang berkaitan mungkin juga diperlukan," jelasnya. Yii turut mendedahkan bahawa sepanjang tahun 2025, sebanyak 15 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan panas pembuangan sampah haram, membabitkan sisa domestik bersaiz besar dan sisa industri, sekali gus memaksa MBM menjalankan kerja pembersihan menggunakan wang pembayar cukai. Beliau menegaskan, pembuangan sampah haram bukan sekadar menjejaskan kebersihan malah memberi kesan serius terhadap alam sekitar dan kesihatan awam. "Ia mencemarkan sungai dan sistem perparitan, merosakkan tanah, menarik kehadiran haiwan perosak serta pembawa penyakit, mewujudkan persekitaran yang tidak menyenangkan dan menjejaskan imej Miri sebagai bandar raya yang bersih, hijau serta sesuai didiami. "Selain itu, pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab turut meningkatkan risiko banjir akibat saliran tersumbat serta memberi tekanan kepada sumber pengurusan sisa milik majlis," katanya. Sehubungan itu, MBM mengingatkan semua penduduk, premis perniagaan dan kontraktor bahawa pembuangan sampah secara haram atau merata-rata, merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Kebersihan) 1998, yang memperuntukkan kompaun sehingga RM1,000 terhadap pesalah. Beliau turut menggalakkan orang ramai melaporkan sebarang kegiatan pembuangan sampah haram melalui talian am MBM di 085-433501 atau Bahagian Pengurusan Pembersihan Awam di talian 085-442411, selain Pusat Kawalan Bandar Pintar Miri (MSCCC) di talian 085-424600 atau WhatsApp 019-2144600. Katanya, maklumat yang disalurkan orang ramai amat membantu pihak Majlis mengenal pasti pesalah dan semua laporan akan dikendalikan secara sulit dengan identiti pemberi maklumat dilindungi. Sementara itu, mereka yang ingin melupuskan barangan rumah bersaiz besar, sisa domestik atau bahan buangan lain disaran menghubungi MBM yang menyediakan perkhidmatan sewaan lori berkapasiti kurang daripada lima tan bermula serendah RM80 bagi setiap perjalanan tanpa tenaga kerja. Bagi mereka yang memerlukan bantuan mengangkat barangan, caj tambahan RM150 akan dikenakan, sekali gus menyediakan alternatif yang mudah dan berpatutan berbanding membuang sampah secara haram.
Press Release, 19 August 2026
Lee (berdiri,10 kiri) bersama pelajar dan guru SMK Lopeng Tengah sebelum menaiki bas sempena Program Kesedaran Penggunaan Bas Pintar Miri, hari ini. This news in Bahasa Melayu is from : Utusan Borneo Online MIRI: Kementerian Pengangkutan Sarawak bersedia menambah bilangan bas pintar Miri pada masa depan sekiranya sambutan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam percuma itu terus menggalakkan. Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kerajaan negeri akan membuat penilaian terhadap tahap penggunaan perkhidmatan berkenaan sebelum mempertimbangkan penambahan bilangan bas dan perluasan laluan. Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan lebih ramai penduduk di kawasan bandar raya Miri mendapat akses kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap dan selesa. "Kita memang mempunyai perancangan untuk menambah bilangan bas supaya lebih banyak kawasan dalam bandar raya Miri dapat diliputi sekiranya sambutan terus menggalakkan. “Ini juga dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian pengguna, selain mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pelepasan karbon dioksida (CO),” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kesedaran Penggunaan Bas Pintar Miri dan Pengalaman Menaiki Bas Untuk Pelajar di Miri di SMK Lopeng Tengah di sini, hari ini. Lee berkata, kerajaan juga ingin memperkenalkan konsep 'park and ride' iaitu pengguna memandu dan meletakkan kenderaan di tempat selamat sebelum meneruskan perjalanan menggunakan bas ke destinasi masing-masing. “Saya pernah bertanya kepada seorang pengguna yang mengamalkan cara ini dan beliau memberitahu dapat menjimatkan kira-kira RM300 sebulan,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai penduduk di bandar raya Miri termasuk pelajar dan guru menggunakan pengangkutan awam pada masa akan datang bagi membolehkan kerajaan mencapai matlamat mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan pelepasan karbon dioksida serta membudayakan penggunaan pengangkutan awam. Dalam pada itu, beliau berkata program yang dilaksanakan itu akan diteruskan supaya semua sekolah di Miri memanfaatkan perkhidmatan bas percuma tersebut. “Sebelum ini, kita telah menganjurkan program yang sama sebanyak tiga kali dan ini merupakan kali keempat yang dianjurkan di SMK Lopeng hari ini (Isnin). “Setakat ini, Miri mempunyai sebanyak 14 buah bas pintar yang beroperasi dengan dilengkapi kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) serta menyediakan akses maklumat secara masa nyata, anggaran masa ketibaan dan sambungan laluan kepada pengguna,” ujarnya.
Press Release, 04 September 2026
Document in PDF format can be downloaded via the llink below:
Press Release, 02 March 2026
Did You Know? Department of Statistics Malaysia (DOSM) will conduct the Economic Census 2026 (BE2026). BE2026 is the sixth economic census, implemented every five years since 2000. The census aims to collect comprehensive data covering all economic activities in the country, including the wholesale and retail trade sectors. The implementation of BE2026 also covers business establishments as well as non-profit organisations. The data collected will serve as a vital reference to support more effective and sustainable national development planning. For more information, please visit the official Facebook page of the Department of Statistics Malaysia or access through the links below: Introduction to BE2026 Implementation of BE2026 Operations Objectives of BE2026
Press Release, 28 April 2026
For more details about Brochures For Schedule of Routine Maintenance Works 2026, please click the link below: 1.Part 1.0.pdf 2.Part 2.0.pdf 3.Part 3.0.pdf
Press Release, 02 March 2026
Did You Know? Department of Statistics Malaysia (DOSM) will conduct the Economic Census 2026 (BE2026). BE2026 is the sixth economic census, implemented every five years since 2000. The census aims to collect comprehensive data covering all economic activities in the country, including the wholesale and retail trade sectors. The implementation of BE2026 also covers business establishments as well as non-profit organisations. The data collected will serve as a vital reference to support more effective and sustainable national development planning. For more information, please visit the official Facebook page of the Department of Statistics Malaysia or access through the links below: Introduction to BE2026 Implementation of BE2026 Operations Objectives of BE2026
Press Release, 02 March 2026
Did You Know? Department of Statistics Malaysia (DOSM) will conduct the Economic Census 2026 (BE2026). BE2026 is the sixth economic census, implemented every five years since 2000. The census aims to collect comprehensive data covering all economic activities in the country, including the wholesale and retail trade sectors. The implementation of BE2026 also covers business establishments as well as non-profit organisations. The data collected will serve as a vital reference to support more effective and sustainable national development planning. For more information, please visit the official Facebook page of the Department of Statistics Malaysia or access through the links below: Introduction to BE2026 Implementation of BE2026 Operations Objectives of BE2026
Press Release, 02 March 2026
Did You Know? Department of Statistics Malaysia (DOSM) will conduct the Economic Census 2026 (BE2026). BE2026 is the sixth economic census, implemented every five years since 2000. The census aims to collect comprehensive data covering all economic activities in the country, including the wholesale and retail trade sectors. The implementation of BE2026 also covers business establishments as well as non-profit organisations. The data collected will serve as a vital reference to support more effective and sustainable national development planning. For more information, please visit the official Facebook page of the Department of Statistics Malaysia or access through the links below: Introduction to BE2026 Implementation of BE2026 Operations Objectives of BE2026
Press Release, 05 February 2026
For more details, please refer to the manual. Click here
Press Release, 26 June 2026
Documents in PDF format can be downloaded via the link below: Online Renewal of License
Press Release, 10 July 2026
For the complete schedule, please click here: Scheduled Septic Tank Emptying Areas