News

 

The people of Miri to raise the Sarawak flag - Yii

Posted on 12 Jul 2023
Source of News: Utusan Borneo



The original news is in Malay Language from Utusan Borneo


MIRI: Sempena Ulang Tahun Ke-60 Sarawak Merdeka pada 22 Julai ini, Datuk Bandar Miri Adam Yii menggesa pemilik hartanah dan rakyat untuk mengibarkan bendera negeri. 

Yii yang juga ADUN Pujut menggesa pemilik semua bangunan awam, lot komersial, rumah kediaman dan bangunan lain untuk sama-sama menaikkan bendera negeri Sarawak sepanjang tempoh perayaan ini.

"Inisiatif menaikkan bendera oleh pemilik hartanah boleh menambah warna pada perayaan jubli berlian ini dan begitu juga Kerajaan Sarawak turut memberi perhatian terhadap sambutan ini dengan menganjurkan beberapa siri perayaan program dan acara di seluruh negeri," katanya.

Manakala sambutan kemuncak yang akan diadakan pada 22 Julai di ibu negeri Kuching termasuk perhimpunan awam dan perarakan. 

Untuk sambutan di bandar raya Miri, perarakan jalanan yang sama juga akan dirancang pada 19 Ogos.

"Memandangkan ia adalah perayaan Sarawak, bendera Sarawak perlu dinaikkan mengikut keutamaan kedudukannya," jelasnya.