News

 

Enforcement - Advertisement material operation without permit around Miri City

Posted on 17 Aug 2023
Source of News: MCC

The original news release form Miri City Council is in Malay Language.


OPERASI PENGUATKUASAAN, MAJLIS BANDARAYA MIRI :

 
PENGUATKUASAAN TERHADAP KETIDAKPATUHAN POLISI PIHAK BERKUASA TEMPATAN( BAHAN IKLAN HARAM)- Local Authorities (Advertisements) By-laws, 2012
 
Tajuk : Operasi Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Miri :-
 
Penguatkuasaan terhadap Ketidakpatuhan Polisi
Bahan Iklan Majlis Operasi penurunan bahan iklan tanpa permit
sekitar Bandar Miri
Tarikh :          16 Ogos 2023
Lokasi:            Bandar Miri
  
Majlis Bandaraya Miri bertanggungjawab di dalam penguatkuasaan Local Authorities (Advertisements) By-laws, 2012 dibawah seksyen 21 dan Seksyen 22, di dalam memastikan pematuhan terhadap polisi bahan iklan Majlis Bandaraya Miri. Pihak Majlis menerima banyak aduan terutamanya berkenaan dengan bahan iklan moneylender tanpa permit. Perkara ini boleh menjejaskan imej dan permandangan Bandaraya Miri serta boleh menyebabkan kacau ganggu dan mengancam keselamatan orang awam terutamanya pengguna jalan raya.
 
Terkini, Majlis Bandaraya Miri telah menjalankan satu operasi penguatkuasaan bersepadu bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dan Jawatankuasa Penduduk(JKP) bahagian Miri.Operasi tersebut dijalankan pada 16 Ogos 2023 dimana fokus utama adalah untuk menurunkan/menyita bahan iklan tanpa permit terutamanya bahan iklan moneylender(peminjam wang) di seluruh kawasan bandar Miri terutamanya kawasan bandar
 
Sebanyak 547 tindakan penurunan bahan iklan haram telah diambil. Dari bulan Januari 2023 sehingga 16 Ogos 2023 ,3397 unit bahan iklan haram terutamanya bahan iklan berkaitan moneylender telah disita. Tindakan kompaun sebanyak RM500 juga akan dikenakan bagi pemilik bahan iklan haram dan juga kepada individu/syarikat yang bantu untuk memasang bahan iklan haram tersebut. Operasi penurunan ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan imej Bandar Miri sentiasa dalam keadaan yang bersih, selamat dan teratur.