News

 

Three Lions clubs plant 50 saplings for National Day

Posted on 09 Sep 2023
Source of News: Utusan Borneo
The original news is in Malay Language from Utusan Borneo newspaper.


Yii (empat kiri), Chin (lima kiri) bersama ahli-ahli Kelab Lions melakukan simbolik penanaman anak pokok di Vista Perdana pada Khamis.

MIRI:  Tiga kelab Lions bekerjasama mengendalikan projek penanaman anak pokok sempena sambutan Hari Kebangsaan pada Khamis. 

Aktiviti dianjurkan Kelab Lions Miri Host dengan kerjasama dua kelab Lions dari Daerah 308B2 iaitu Kelab Lions Subang Jaya dan Kelab Lions Serdang. 

Sebanyak 50 anak pokok spesies Hopea Odorata di kawasan di tempat yang ditetapkan dan dipersetujui Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Majlis simbolik penanaman telah diadakan di Lot 6395, Lorong Mutiara 7, Vista Perdana, Miri. 

Ia disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Bandar Adam Yii.

Presiden Kelab Lions Miri Host Bryant Chin berkata, aktiviti adalah antara lima teras projek pemuliharaan alam sekitar Kelab Lions Antarabangsa. 

Setelah siap ditanam, projek ini akan diserahkan kepada MBM untuk penyelenggaraan dan penjagaan.

Hadir sama Gabenor Kelab Lions Daerah 308A2 Ronny Hiew Ah Choi dan wakil kelab Lions Daerah 308A2 dan 308B2.