News

 

MCC will check the usability of electric scooters in public places

Posted on 30 Sep 2023
Source of News: Utusan Borneo

The original news is in Malay Language from Utusan Borneo newspaper


MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menyemak kebolehgunaan skuter elektrik dan meneliti cara mengawal kenderaan itu bagi memastikan ia selamat digunakan orang ramai dan teratur.

ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata demikian ketika menjawab persoalan berhubung isu skuter elektrik oleh pemberita di sini, pada Isnin. 

“Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa kenderaan itu bukan di bawah bidang kuasa MBM, kerana ia sebenarnya perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat swasta.

"Bagaimanapun, memandangkan kenderaan itu digunakan secara meluas oleh pengguna di sini sejak kebelakangan ini, maka kita akan menyemak perkhidmatan itu dan mungkin mengawalnya untuk mengelakkan daripada berada di tempat awam sewenang-wenangnya," jelas beliau lagi. 

Dalam perkembangan lain, Yii turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tender pencalonan untuk Anugerah Datuk Bandar Miri 2023 bahawa pencalonan akan ditutup pada 29 September ini, jam 5 petang.

“Mereka yang ingin mencalonkan mana-mana individu yang mempunyai sumbangan besar kepada masyarakat Miri boleh mendapatkan borang tersebut daripada pejabat Bahagian Perhubungan Awam MBM di sini (bangunan Dewan Bandaraya Miri),” kata Yii lagi.

Sebagai alternatif, borang tersebut juga boleh didapati daripada laman sesawang Majlis Bandaraya Miri di https://miricouncil.gov.my. 

Semua borang yang telah lengkap diisi, boleh dihantar ke pejabat MBM atau melalui e-mel.

Majlis anugerah tahun ini akan diadakan pada 26 November di Hotel Pullman, Miri Waterfront di sini.