News

 

Great British Circus to perform in Miri City from July 26 to Aug 25

Posted on 30 Jun 2024
Source of News: UKAS


MIRI: Kehangatan makin terasa apabila produksi sarkas antarabangsa ‘Great British Circus’ oleh Big Kid Entertainment dari United Kingdom (UK) akan memulakan jelajah di Miri dari 26 Julai hingga 25 Ogos depan.


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata, sarkas berkualiti tinggi yang berorientasikan keluarga tersebut akan membuat persembahan setiap hari selama sebulan.

Jelasnya, inisiatif ini adalah sebahagian daripada visi Majlis Bandaraya Miri untuk mentransformasikan Miri menjadi Bandar Resort Antarabangsa yang hijau dan pintar menjelang 2030.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menyatakan inisiatif untuk terus meningkatkan reputasi Miri sebagai destinasi pelancongan utama dengan pelbagai tarikan berkualiti tinggi akan diteruskan.

Ucapan penghargaan juga dizahirkan kepada pihak penganjur dan semua yang bekerja di belakang tabir yang telah menjayakan usaha membawa pertunjukan tersebut ke Miri. –EDISI UKAS