News

 

MCC took the initiative to identify new attractions in tourism industry

Posted on 07 Jul 2024
Source of News: Utusan Borneo

The original news is in Malay Language from Utusan Borneo newspaper.



MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengambil inisiatif mengenal pasti tarikan baharu di Miri sebagai usaha meningkatkan aktiviti pelancongan di sini 

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata, apa yang perlu ialah pasukan tepat dan mampu memberi tumpuan khusus terhadap perkara ini selain memikul tanggungjawab mengenal pasti serta memperkenal tempat-tempat menarik. 

"Tugas ini tidak rumit, cuma kita belum dapat memastikan seseorang yang dapat kita letakkan di posisi tersebut untuk melakukannya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBM di sini hari ini.

Sehubungan itu, Yii berkata MBM mahu menjadi pihak yang melakukan pelabelan menentukan tapak pengenalan lebih mudah pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu mendedahkan inisiatif tersebut sebenarnya diilhamkan daripada lawatan lapangan MBM ke Lembaga Pelancongan Sabah.

"Selepas melakukan lawatan itu, banyak kita pelajari bagaimana Kota Kinabalu melakukan promosi pelancongan mereka dan ia memberi kita gambaran lebih jelas cara melakukan pakej tarikan pelancongan di Miri," jelasnya.

Selepas pertemuan dengan pengarah Muzium Sarawak, Yii juga berkata MBM diberikan senarai tapak dan warisan sejarah mengikut Ordinan Antikuiti.

Katanya, salah satu tapak itu adalah pesawat pendaratan tenggelam yang dipercayai semasa era pendudukan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

“Ini adalah salah satu tempat ditemui penyelidik, justeru kami menentukan lokasi sebenar dan melakukan beberapa jenis penandaan atau monumen untuk menentukan lokasi ini. 

"Ini adalah satu 'lipatan' sejarah yang amat penting dan kami akan melakukan beberapa carian dan mendapatkan maklumat mengenainya,” kata beliau. 

Yii turut menyebut mengenai empangan lama ditemui di Bukit Kanada di sini dan mengenal pasti ia dijadikan sebahagian daripada projek tersebut.

Katanya, MBM akan bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan Muzium Sarawak jika ada keperluan untuk mendapatkan tapak bersejarah itu.

“Selain agensi kerajaan, kita juga melibatkan penduduk tempatan yang arif dalam hal ini. Walaupun kami banyak bergantung kepada Muzium Sarawak bagi mendapatkan maklumat dan penyelidikan di laman web ini, sumbangan dan penyertaan orang ramai adalah sama penting,” jelasnya.

Mengenai bangunan lama Pejabat Residen terletak di pusat bandar raya ini, Yii mendedahkan ia kini tersenarai di bawah Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 dan akan menjalani pemulihan tidak lama lagi.

“Kerja-kerja itu akan dikendalikan oleh Muzium Sarawak. Tetapi, saya akan menelitinya dan mendesak garis masa, bila ia boleh didedahkan untuk makluman umum,” katanya.

Premis lama itu walaupun bukan di bawah bidang kuasa MBM namun beliau menekankan usaha MBM memastikan kebanyakan bangunan di bandar raya ini dicat semula menjelang ulang tahun ke-20 Hari Bandar Raya Miri tahun depan.

“MBM akan menulis surat kepada semua jabatan kerajaan mengingatkan mereka bangunan hartanah dan semua yang ada di bandar raya ini perlu dicantikkan dengan cat baharu atau apa-apa cara lain untuk persiapan menyambut ulang tahun Miri. 

“Pada masa sama, Jawatankuasa Tetap Kawalan Bangunan MBM kini bekerjasama dengan sektor swasta mengenai bangunan komersil dan bangunan lain,” katanya.

Yii memperjelas mengenai hasrat MBM pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBM di Miri hari ini.