News

 

Miri Food Carnival Returns This August

Posted on 07 Jul 2024
Source of News: UKAS
The original news is in Malay Language from UKAS



MIRI: Karnival Makanan Miri 2024 yang dinanti-nantikan akan kembali di Miri City Fan menjanjikan pelbagai hidangan masakan dan hiburan untuk semua. 

Menurut Datuk Bandar Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, karnival akan diadakan pada dari 23 Ogos hingga 8 September 2024 di mana ia akan bermula pada jam 5 petang hingga 11 malam, menjadikan Miri sebagai 'syurga' pencinta makanan.

“Karnival tahun ini menampilkan barisan yang mengagumkan dengan anggaran 200 gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang memenuhi selera setiap selera,” katanya dalam sidang media Karnival Makanan Miri 2024 di Dewan Bandaraya Miri pada Selasa.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu berkata, tempoh permohonan kepada pihak-pihak peniaga atau vendor akan bermula pada 26 Jun 2024 dan berlangsung sehingga 15 Julai 2024. 

Jelasnya, Majlis Bandaraya Miri menawarkan pelbagai saiz gerai untuk menampung keperluan vendor gerai iaitu gerai tunggal (5’ X 20’), gerai premium tunggal (10’ X 20’) dan dua saiz gerai premium (10’ X 20’ dan 20’ X 20’)

Untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar ujarnya, bayaran pemprosesan sebanyak RM50 akan diperlukan termasuk deposit sebanyak RM500 diperlukan dengan bayaran sewa yang berbeza-beza berdasarkan saiz dan jenis gerai yang anda pilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai borang permohonan vendor dan kemas kini, sila hubungi Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Bandaraya Miri, aras 1, bangunan UTC. -EDISI UKAS