News

 

Anti-Rabies Vaccination Program, Dog License and Microchipping, August 3 and 4

Posted on 28 Aug 2024
Source of News: The Borneo Post
The original news is in Malay Language from Utusan Borneo newspaper




Program vaksin rabies akan diadakan di Taman Tunku pada awal bulan depan. 

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) terus bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengadakan program Vaksinasi Anti-Rabies, Lesen Anjing dan Microchipping pada 3 dan 4 Ogos depan di kawasan parkir Pasar Taman Tunku di sini.

Menurut MBM, program itu bagi menggalakkan pemilik memberi vaksin kepada anjing peliharaan mereka serta membolehkan mereka mendapatkan lesen anjing dan mikrocip untuk haiwan terbabit.

“Jangan lupa bawa kad pengenalan untuk pendaftaran dan pastikan anjing anda diikat semasa proses vaksinasi.

“Jika anjing jenis berwaspada terhadap orang tidak dikenali atau agresif, pemilik harus meletakkan penutup muncung pada anjing mereka," kata MBM dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Selepas vaksinasi, pemilik hendaklah melakukan kuarantin dan mengasingkan anjing mereka selama 28 hari bagi membolehkan anjing itu membina imuniti terhadap rabies.

“Adalah penting bagi pemilik untuk mengurung anjing mereka dalam kawasan rumah mereka pada setiap masa,” menurut kenyataan itu. 

MBM menekankan semua anjing di Sarawak mesti diberi vaksin rabies selaras dengan Perintah Vaksinasi Anti-Rabies.

“Mana-mana pemilik atau orang yang menjaga anjing gagal berbuat demikian, tanpa sebarang sebab munasabah mematuhi perintah, boleh didakwa melakukan kesalahan dan dihukum denda tidak melebihi RM2,500 di bawah Seksyen 40(7) Veterinar. Ordinan Kesihatan Awam 1999, jika sabit kealahan.

“Anjing tanpa bukti vaksinasi boleh ditahan atau dibuang, di bawah peruntukan seksyen ini oleh DVS Sarawak,” jelasnya.

Sesiapa yang membenarkan anjing peliharaan berkeliaran dengan bebas di jalanan boleh didenda tidak melebihi RM2,500 di bawah Seksyen 37(5)(a) ordinan sama.

“Di bawah ordinan ini, mana-mana pemilik anjing mesti mengawal anjing itu di bawah kawalan berkesan sama ada dengan mengurungnya dalam kawasan tertutup yang mustahil untuk anjing itu melarikan diri atau mengikatnya dengan selamat, atau memimpinnya dengan rantai kuat dan betul pada kolarnya atau abah-abah diletakkan pada anjing.

“Pihak berkuasa tempatan boleh menangkap dan menyita mana-mana anjing yang tidak diikat mengikut Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Pelesenan dan Kawalan Anjing) 2018,” katanya.