News

 

More than 40,000 participants are expected to join the Christmas Parade in Miri

Posted on 19 Nov 2024
Source of News: Utusan Borneo

THE ORIGINAL NEWS IS IN MALAY LANGUAGE FROM UTUSAN BORNEO NEWSPAPER



MIRI: Dijangka lebih 40,000 orang penganut agama Kristian di sini mengambil bahagian menjayakan Perarakan Krismas Bandar Raya Miri pada bulan depan. 

Perkara itu dijelaskan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii kepada pemberita selepas memperkenal video promosi aktiviti itu di Dewan Bandaraya Miri hari ini. 

"Kita menjangkakan seramai 40,000 orang atau lebih menyertai perarakan krismas pada tahun ini," katanya.

Yii berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut dijemput merasmikan perarakan itu di Dataran Kipas Miri pada 7 Disember depan. 

MBM yang juga penganjur bersama turut memanjangkan jemputan kepada Bandar Raya Rakan Miri iaitu perbandaran La Trinidad di Filipina, kota Singkawang di Indonesia dan daerah Gochang-Gun di Korea Selatan turut serta. 

Program itu bermula jam 5 petang dengan pengisian acara pujian, nyanyian, tarian dan konsert Krismas dikendalikan 15 bgereja terlibat. 

Penyanyi terkenal, Melissa Francis juga dijemput untuk membuat persembahan. 

Peserta dan kereta berhias akan dilepaskan dari Dataran Kipas Miri menuju Jalan Sylvia/Jalan Brooke/Jalan Kingsway/Jalan Puchong/Jalan Padang/Jalan Melayu/ Jalan Nahkoda Gampar/Jalan Cina/Jalan Bendahara/Jalan North Yu Seng/Jalan South Yu Seng/Jalan Merpati/Jalan Kipas dan kembali semula ke Dataran Kipas. 

Yii memberitahu beberapa pertubuhan kebajikan juga akan menerima sumbangan derma pada hari tersebut. Perarakan tahun ini adalah kali ke-15 dianjurkan bersama MBM dan gereja-gereja di sini. 

Ia pertama kali dikemukakan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan untuk mempromosi dan menampilkan konsep 1Malaysia di Miri serta mengukuhkan hubungan antara penganut Kristian dan kaum-kaum lain di sini. 

Turut hadir pengerusi bersama Reverand Johny Janggok dari Gereja Anglican.

Yii (duduk tengah) dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur mempromosikan Perarakan Krismas Bandar Raya Miri yang bakal berlangsung pada 7 Disember depan.