OFFICIAL WEBSITE OF MIRI CITY COUNCIL
Miri City Council which is under Ministry of Local Goverment and Housing Sarawak, is the main organization in managing the development of Miri city. Its jurisdiction area is about 5,205.43 sq. km. (including Bario Sub District). The responsibility of council has become more important when Miri was recognized as a city on 20th May 2005. Bario Sub District with 4,228 sq. km was under the jurisdiction of Miri City Council on 30 July 2015 which was previously under Marudi District Council.
Learn MorePress Release, 29 November 2024
THE ORIGINAL NEWS IS IN MALAY LANGUAGE FROM UTUSAN BORNEO NEWSPAPER MIRI: Vesolutions Pump Track yang sedang dalam pembinaan di Taman Bulatan Miri akan menjadi tapak aksi sukan ekstrem berbasikal yang ke-1058 dalam peta 'pump track' dunia setelah siap kelak. Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berkata, projek yang menelan perbelanjaan RM600,000 itu dijangka siap bulan depan. Bercakap kepada pemberita, pembinaannya yang menggunakan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah bermula pada 11 November lalu menggunakan khidmat pekerja ekspatriat untuk memastikan projek mencapai standard antarabangsa. "Setelah siap pada awal Disember, nama Miri akan menjadi yang ke-1058. "Sehingga sekarang terdapat 1,057 'pump track' dalam peta di seluruh dunia," jelas Ting selepas mengadakan lawatan di tapak projek pagi tadi. Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata, 'pump track' yang popular untuk penunggang 'mountain bike' itu juga adalah yang pertama dibina di Malaysia dengan jarak sejauh 251 meter. Projek melibatkan kerjasama pejabat Ting, pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Chorts Incorporation iaitu rakan kongsi Malaysia Velosolutions. "Kontraktor telah menggunakan khidmat empat pekerja dari luar negara untuk melaksanakan projek ini dan semestinya akan mencapai standard antarabangsa, sekali gus nama Miri akan dimasukkan dalam peta 'pump track' dunia," jelas Ting. Ting berharap untuk menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa di Miri pada tahun depan. Sementara itu, Pengurus Besar Chorts Incorporation Vince Yong berkata, Vesolutions merupakan peneraju global dalam pembinaan 'pump track' dan telah membina lebih daripada 1,050 trek di seluruh dunia. Dengan adanya trek itu kelak, Yong yakin Miri berkemampuan menjadi tuan rumah untuk kejohanan dunia Red Bull UCI Pump Track.
Press Release, 19 November 2024
THE ORIGINAL NEWS IS IN MALAY LANGUAGE FROM UTUSAN BORNEO NEWSPAPER MIRI: Lumba Basikal Kuala Baram (KBCR) akan dimasukkan dalam kalendar acara untuk Sarawak bermula tahun depan. Perkara itu dijelaskan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin ketika melepaskan peserta KBCR 3.0 di Dewan Bandaraya Miri hari ini. "Selain menjadikan ia acara tahunan, aktiviti itu seiring dengan visi 'Bandar Raya Miri Sebagai Bandar Raya Peranginan Antarabangsa Paling Boleh Didiami, Hijau dan Pintar'," katanya. Lee memberitahu, 2025 adalah tahun istimewa untuk bandar raya Miri kerana meraikan ulang tahun ke-20. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, penganjurannya juga platform untuk mempromosikan industri pelancongan di sini. Pada tahun lalu, seramai 1,020 pelumba basikal dari dalam dan luar menyertai perlumbaan itu. Oleh itu, Majlis Bandaraya Miri (MBM) mencadangkan agar acara itu dijadikan acara tahunan untuk terus menarik lebih ramai pelancong ke Miri. Kerajaan Sarawak sentiasa komited dan prihatin dalam memajukan aktiviti sukan khususnya dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif. Usaha itu termasuk melibatkan penduduk Miri dalam pelbagai program sukan seperti berbasikal. Berbasikal merupakan satu aktiviti yang bukan sahaja berfaedah untuk kesihatan tetapi juga mesra alam. "Sukan ini bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar malah menjadikan bandar Miri lebih bersih, selamat dan sihat untuk penduduknya," jelas beliau. Pada tahun ini, peserta melalui Laluan Pesisir Pantai dan Lebuh Raya Pan Borneo. "Dengan kemudahan jalan raya yang baik dan selamat, ini sudah pasti menarik lebih ramai peserta untuk datang ke Miri dan menikmati keindahan bandar raya ini," katanya. KBCR 3.0 dianjurkan oleh Kelab Lumba Basikal Masterpiece dan mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta MBM. Lebih 400 peserta mengambil bahagian dalam perlumbaan itu yang turut terlibat perlumbaan Team Time Trial (TTT) dari simpang Maigold menuju Jalan Lutong ke Kuala Baram pada Sabtu lalu, jam 7 pagi. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Datuk Bandar MBM Adam Yii pada sebelah tengah harinya.
Press Release, 19 November 2024
THE ORIGINAL NEWS IS IN MALAY LANGUAGE FROM UTUSAN BORNEO NEWSPAPER MIRI: Dijangka lebih 40,000 orang penganut agama Kristian di sini mengambil bahagian menjayakan Perarakan Krismas Bandar Raya Miri pada bulan depan. Perkara itu dijelaskan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii kepada pemberita selepas memperkenal video promosi aktiviti itu di Dewan Bandaraya Miri hari ini. "Kita menjangkakan seramai 40,000 orang atau lebih menyertai perarakan krismas pada tahun ini," katanya. Yii berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut dijemput merasmikan perarakan itu di Dataran Kipas Miri pada 7 Disember depan. MBM yang juga penganjur bersama turut memanjangkan jemputan kepada Bandar Raya Rakan Miri iaitu perbandaran La Trinidad di Filipina, kota Singkawang di Indonesia dan daerah Gochang-Gun di Korea Selatan turut serta. Program itu bermula jam 5 petang dengan pengisian acara pujian, nyanyian, tarian dan konsert Krismas dikendalikan 15 bgereja terlibat. Penyanyi terkenal, Melissa Francis juga dijemput untuk membuat persembahan. Peserta dan kereta berhias akan dilepaskan dari Dataran Kipas Miri menuju Jalan Sylvia/Jalan Brooke/Jalan Kingsway/Jalan Puchong/Jalan Padang/Jalan Melayu/ Jalan Nahkoda Gampar/Jalan Cina/Jalan Bendahara/Jalan North Yu Seng/Jalan South Yu Seng/Jalan Merpati/Jalan Kipas dan kembali semula ke Dataran Kipas. Yii memberitahu beberapa pertubuhan kebajikan juga akan menerima sumbangan derma pada hari tersebut. Perarakan tahun ini adalah kali ke-15 dianjurkan bersama MBM dan gereja-gereja di sini. Ia pertama kali dikemukakan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan untuk mempromosi dan menampilkan konsep 1Malaysia di Miri serta mengukuhkan hubungan antara penganut Kristian dan kaum-kaum lain di sini. Turut hadir pengerusi bersama Reverand Johny Janggok dari Gereja Anglican. Yii (duduk tengah) dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur mempromosikan Perarakan Krismas Bandar Raya Miri yang bakal berlangsung pada 7 Disember depan.
Press Release, 19 November 2024
Yii (centre), MCC representatives and BJF organisers in a photo call after a press conference. MIRI (Oct 23): A stellar line-up of local and international artistes will shake the stage of Borneo Jazz Festival 2024, at the Musical Corridor of Eastwood Valley Golf and Country Club here this Nov 29 to Dec 1. Among those on the list are the legendary Sheila Majid and the ever-famous trumpeter and vocalist Rio Sidik, along with Makaya Mc Craven, Shang Sisters, WVC Jazz Ensemble and Clarinet Trio. For Mayor Adam Yii, the festival has always been more than just a musical gathering; it is a celebration of culture, creativity and community. “The Borneo Jazz Festival not only showcases world-class jazz music, but also brings together people from diverse backgrounds to share in the universal language of music,” he told a press conference here yesterday. Adding on, Yii expressed confidence that the festival would strengthen Miri’s position as an emerging destination for international music lovers and tourists. “I would like to take this opportunity to encourage everyone, whether you are a long-time jazz enthusiast or simply looking for a weekend of memorable entertainment, to join the festival and experience the magic of jazz under the stars,” he added. Yii also hoped that the festival would continue to grow, both in scale and impact, fostering a sense of unity through music and at the same time, boosting the local economy by attracting more visitors to this city.
Press Release, 19 November 2024
MIRI: The Borneo Jazz Festival 2024 promises to be more than just a celebration of jazz; it is a showcase of culture, creativity, and community, said Miri Mayor Adam Yii Siew Sang at a press conference held on Tuesday. Speaking about the festival’s significance, Yii emphasized that the event is a platform for uniting diverse audiences through the universal language of music. “This festival not only showcases world-class jazz music but also brings together people from diverse backgrounds to share in the universal language of music,” Yii noted. He expressed pride in this year’s impressive lineup of local and international artists performing from November 29 to December 1, 2024, at the Musical Corridor, Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri. The star-studded lineup includes legendary Malaysian songstress Sheila Majid, celebrated American jazz drummer and producer Makaya McCraven, renowned Indonesian trumpeter Rio Sidik, and the mesmerizing Shang Sisters. Other notable performances will come from the WVC Jazz Ensemble and the captivating Clarinet Trio. Guiding the audience through the musical journey will be the festival’s charismatic emcee, Prem Shaker. Yii also highlighted the festival’s role in elevating Miri’s status as a rising destination for international music lovers and tourists. “The Borneo Jazz Festival offers a unique cultural experience and strengthens Miri’s position as an emerging destination for international music lovers and tourists,” he stated. “I encourage everyone, whether you are a long-time jazz enthusiast or simply seeking a memorable weekend, to join us and experience the magic of jazz under the stars.” Looking forward, Yii expressed his hope that the festival will continue to grow in scale and impact, fostering unity through music while boosting the local economy by drawing more visitors to the city. “We hope that the Borneo Jazz Festival will continue to grow, both in scale and impact, fostering a sense of unity through music while also boosting the local economy by attracting more visitors to our Miri City,” Yii added. Also in attendance at the press conference were Ariffin Mohamad, Deputy Mayor of Miri City; Abdul Rahman Taupek, Acting City Secretary of Miri City Council; Denva Ajeng Wen, Manager of the Visitor Information Centre Miri representing the Sarawak Tourism Board; and Allen Jude Pio Stanley representing Deckworks Events & Entertainment Perkongsian Liabiliti Terhad. With a remarkable lineup of talent and strong support from local leaders, the Borneo Jazz Festival 2024 is set to be a cultural and musical highlight, showcasing Miri City as a hub for arts and entertainment in the region.
Press Release, 29 November 2024
Tender Notice No. 23-2024 (closing 11.12.2024)
Press Release, 11 July 2023
Organisation Anti-Corruption Plan (OACP) 2021-2025 Miri City Council
Press Release, 16 August 2021
Guidelines on Road Bump Application Form for Road Bump